Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (prabayar) adalah tawaran prabayar khas (prabayar) untuk warganegara Malaysia bagi menangani peningkatan kos sara hidup dengan memenuhi keperluan untuk perkhidmatan komunikasi asas yang penting dan mengurangkan kos ketersambungan dengan tempoh sah laku yang lebih lama iaitu 180 hari.
Pengguna boleh menikmati 30GB Internet dengan kelajuan sehingga 3Mbps selama 180 hari.
Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (prabayar) adalah disasarkan kepada:
Memandangkan Pakej ini disasarkan kepada golongan tertentu, dokumen-dokumen berikut diperlukan untuk pengesahan :
Kategori Pengguna | Dokumen yang diperlukan |
1. Belia (12-30 tahun) 2. Warga Emas (60 tahun dan ke atas) 3. Golongan B40 |
i. Kad Pengenalan |
4. Veteran Tentera, Pesara Polis dan Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM); dan |
i. Kad Pengenalan; dan ii. Kad Pesara/ Veteran |
5. Orang Kurang Upaya (OKU) | i. Kad Pengenalan; dan ii. Kad OKU |
Pakej ini hanya boleh dilanggan oleh warganegara Malaysia.
Pakej ini mula ditawarkan pada 28 Februari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Sepertimana kad prabayar yang lain, pengguna boleh melanggan mana-mana pas Internet yang aktif.
Anda boleh menyemak liputan jaringan mudah-alih di kawasan kediaman anda melalui laman sesawang JENDELA
Kuota dari pas internet yang aktif akan digunakan terlebih dahulu.
Sila menghubungi Khidmat Pelanggan kami dengan menghantar emel ke [email protected] atau melalui Whatsapp.